Entry: Wajibat 38... Sunday, October 25, 2009



Anda muslim?jom tegakkan agama dlm diri sendiri kita....

WAJIBAT 38
 

  1. Bacalah Al-Quran setiap hari dan baikilah cara bacaan kita.
  2. Banyakkan membaca buku-buku Seerah, Hadis, Aqidah, Feqah dan lain-lain.
  3. Jagalah kesihatan.
  4. Jauhi minuman dan merokok yang boleh menjejas kesihatan.
  5. Sentiasa berada dalam kebersihan.
  6. Jangan bercakap bohong.
  7. Jangan memunkiri janji.
  8. Jadilah seorang yang berani.
  9. Jaga hemah diri untuk orang boleh menghormati.
  10. Hiasi diri dengan sifat malu, tawadhuk, sensitif terhadap baik dan buruk.
  11. Jadilah seorang yang adil dalam semua keadaan.
  12. Aktifkan diri dalam kerja-kerja khidmat masyarakat.
  13. Milikilah sifat-sifat yang dengannya kita disenangi orang ramai.
  14. Mahir dan banyakkan membaca dan menulis.
  15. Berniaga sendiri adalah sifat yang mulia bagi pendakwah.
  16. Bekerja sendiri lebih baik untuk Dakwah dari makan gaji kerajaan.
  17. Setiap kita mesti cemerlang dalam apa bidang atau pekerjaan yang diceburi.
  18. Bersegera menunaikan hak-hak diri dan orang lain tanpa berlengah-lengah.
  19. Jauhi judi dan segala aktiviti pendapatan wang yang haram.
  20. Jauhi riba.
  21. Bantu tingkatkan ekonomi umat Islam.
  22. Peruntukkan sebahagian wang kita untuk Dakwah dan orang yang memerlukan.
  23. Buat tabungan wang untuk kecemasan dan jauhi bermewah dalam berbelanja.
  24. Praktikkan budaya Islam menggantikan budaya Barat yang dipakai orang ramai.
  25. Jauhkan diri dari kelab dan ideologi yang jauh dari Islam.
  26. Sentiasa mendekatkan diri kepada Allah dengan amalan sunat dan nawafil.
  27. Sentiasa dalam keadaan bersuci.
  28. Solat dengan sempurna, secara berjemaah di surau atau masjid.
  29. Tunaikan puasa Ramadan dan Haji tanpa lengah jika telah mampu.
  30. Sentiasa rindu Jihad, mati syahid dan membuat persiapan untuknya.
  31. Selalu bertaubat dan istighfar. Jauhi dosa dan muhasabah diri setiap hari.
  32. Berjihad melawan nafsu sehingga kita dapat memimpinnya.
  33. Jauhi arak dan apa yang memabukkan.
  34. Jauhi orang yang jahat dan rosak serta sarang-sarang maksiat dan dosa.
  35. Tinggalkan sikap berpoya-poya dan bermewah-mewah.
  36. Saling berkenalan dan bantu membantu dengan pendokong-pendokong Islam.
  37. Jauhi badan atau kumpulan yang sia-sia.
  38. Sentiasa berfikir dan berusaha menjayakan Dakwah Islam dalam masyarakat.
Source:
http://inijalanku.wordpress.com/wajibat-38/

   3 comments

alzyemah
November 3, 2009   11:06 AM PST
 
nak tgk usul 20 yg ringkas punye boleh click kat sini
<http://inijalanku.wordpress.com/usul-20/>


alzyemah
November 3, 2009   10:45 AM PST
 
wslm

terharu bila ade yang menjengah blog ni.....sy cuba jelaskan ape soalan insan tu menurut ape yg sy faham...

usul 20 adalah perkara2 asas mengenai Islam....macam prinsip2 agama Islam yang perlu kita tahu untuk kita faham agama ni...sbb islam itu luas sampai kadang ade sesetengah kumpulan lebihkan satu2 bahagian tp kurang menyentuh bahagian lain.....ikut usul 20, ia lebih meringkaskan apa yang patut kita tahu pasal agama Islam tu sendiri...ada 20 perkara menurut Imam Hasan AlBanna...kirenye kalau hayati usul 20 tu, iA dapat the 'bird view' of what is Islam actually...

wajibat 38 pulak, perkara2 wajib (plural)...Ia bermakna kewajipan-kewajipan yang harus kita lakukan bagi orang yang bergelar muslim...
ini lebih kepada amalan2 dan bende2 yg kita perlu buat untuk kite sentiasa muhasabah diri dan memperbaiki diri ke arah yg lebih baik

rukun baiah pulak principle2 yang perlu kita pegang dan patuh..ini lebih kepada taatnya kita pada pemerintah...specifically Imam Hasan Al-Banna wajibkan rukun baiah ini untuk ahli2 jemaahnya..untuk menjamin bergeraknya dakwah dan memelihara keaslian gerakan dakwah tu....


ringkasnya, usul 20 untuk kefahaman kita pada islam, wajibat 38 adalah untuk kite sentiasa istiqamah dgn amalan2 soleh, rukun baiah is untuk kita sentiasa berada dlm jemaah islamiyah ....

wajibat 38 ni amalannya diperingkat diri sendiri....jom tegakkan islam pada diri sendiri yook!!!
insan
November 2, 2009   07:27 AM PST
 
salam...ingin bertanya...

apakah perbezaan antara usul 20, wajibat 38, dan rukun baiah?

dan...bagaimana ketiga-tiga diaplikasikan?

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments