|
|
|
agenda kita... ![]() Kobanna telah melabuhkan tirai...program yang sangat sarat dengan mesej2 besar..untuk memberi satu idea besar dan harapan menggunung untuk masa depan ummat.......tp bukan rezeki saya kali ini untuk turut menyertai konvensyen tersebut.. Agak cemburu bila tidak mampu hadir ke kobanna..just one more day to go, saya diserang penyakit chicken pox..sayang sangat...sudah maklum awal2 pada kak N untuk saya join jadi ajk tapi terpaksa tarik diri di saat2 akhir.Mungkin ada hikmahnya..Badan dikuarantin dibilik, tp hati di kobanna.... Dalam masa sama terkilan sbb tak dapat memenuhi janji2 senior2 untuk saya kongsikan apa yang saya dapat.Untuk Kak Mek yang jauh Czech,Bashu di Indonesia,Kak Jannah pmc..ada yg menegur di YM bila status saya bunyi nak pergi ke kobanna...juga orang jauh di Manchester yang tak sabar menanti berita kobanna dari mulut saya sendiri...tapi yang diterimanya berita chickenpox saya....sobsob sempat sekejap mendengar suasana dewan kobanna bila Kak N call saya bertanye khabar chicknpox. time tu dia dalam dewan.saya dalam bilik yg kene kuarantin rasa macam nak sangat pergi situ..tp karang ade plak kate zombie ke ape,muka bengkak2 datang kobanna...(syakirah dah panggil saya zombie sambil pointing kat muka dia,entah kartun mane la yang dia samakan...) dalam muka bengkak2 sempat juga google kobanna dan baca entry2 blog mengenai kobanna.Program ni sangat2 menarik.Sy suka video perasmian kobanna.klik sini--> http://www.youtube.com/watch?v=rgLO0f29SHc Resolusinya klik ---->disini<------ Mesejnya: Ayuh kita sertai agenda bangsa kita sendiri.agenda bangsa dalam agenda ummah.bina dan tanam agenda bangsa dalam diri.bukan tiru agenda orang lain....agenda bangsa mampu bangkitkan Islam semula insyaAllah....percaya pada kekuatan diri sendiri itu penting! Walaupon tak mampu pergi,tp mesejnya sampai juga dihati ini...rase satu benda besar untuk dihadam..... Doakan saya sembuh sepenuhnya....muka masih bertompok kesan parut...
'mereka' dtg! entah kenapa sgt suka dgn kedatangan 'mereka' di teratak ku di manchester ini...suka2 sgt!...sungguh sgt merindui saat2 kita semua bersama..plan Allah sgt cantik, mempertemukan warga belfast dan dublin di Manchester! walaupun tidur berhimpitan 6 org satu bilik=P, solat pun cukup2 ruang je....
1 hari beriadah di trafford centre...main laser quest (mcm paint ball tp pakai laser), bumper car, bowling + shopping! ...balik rumah kaki mcm dah nk cabut dah...klaka2 bila teringat gelagat2 ketika main laser quest...tgh main gelak2, lepas main lagi la gelak2...moon light+jazeera bersama!..best2....semoga time2 bersama ini la yg mentautkan hati kita.. entah kenapa, terasa tercas iman. bila berborak2 dgn ukht H, terasa mula bersemangat kembali.betapa mereka jugak turut membantuku dlm urusan follow up!bila kita berkongsi cerita terasa hati ini sgt dekat! kini telah tibe saat dan waktu pertemuan yang telah ku nanti 'tuk bersua dgn mu teman yg lama ku rindu ku gembira, kau tersenyum, warna-warni persahabatan kita mesra, setia untuk kemanisan iman mari bersama ooooo..jalinan ukhuwah bersama kita tautkan hati moga cinta dan kasih bersemi di dalam oooo.. jalinan ukhuwah bersama kita teguhkan janji moga kita bertemu kembali jalinan ukhuwah walau terpisah jarak dan waktu namun kita tetap bersatu dalam doa dan harapan untuk menuju cita2 kita.. *tak sabar nk tunggu spring!
sedikit transfomasi
menukar lagi langsir rumah ni..
mungkin latar putih lebih menyenangkan mata untuk membaca.. i like to make it just a simple one.tak suka serabut2 dengan barang2 hiasan yg terlalu banyak.abaikan ye entry2 yang bawah2 yang tak kene font colour dgn background moga penulis lebih matang juga dari segi penyampaian entry.. masih belajar untuk 'memandu dengan lebih pro di jalan ini'.. mujur ada pemandu yang lebih senior yang sering menunjuk ajar dan memberi kasih sayang saya dah jatuh cinta pada penang~ september terbang ke sana..2 setengah tahun nanti saya kembali ke penang semula!! huhu penang dihatiku~
belajar dari murabbi
Alhamdulillah.saat2 manis minggu lepas bersama kak S masih tergiang-giang..weekend yang menceriakan hati, mengkayakan pengetahuan, mengkorek pengalaman dia sebagai seorang daie...
ade beberapa point yg saya sematkan dalam ingatan daripada borak2 ringan dengannya: 1) pendakwah perlu ade pemikiran seperti businessmen seorang peniaga mesti sentiasa berfikiran positif.kene fikir barang yang mahu dia jualkan itu laku.nak lakukan barang, kene ade promosi yang berkesan, kene fikir kreatif untuk lakukan barang dipasaran. mungkin itulah hikmahnya Rasulullah dulu seorang peniaga sebelum diangkat menjadi Rasul. Menjadi peniaga melatih Rasulullah untuk sentiasa berfikiran positif. Peniaga mesti tidak mudah putus asa jika ade kerugian.malah kene fikirkan cara dan strategi lain untuk mendapat keuntungan. Ini kelebihan orang keje berniaga jika dibandingkan dengan keje makan gaji..(hukhuk doktor kene makan gaji dulu kot nampaknye...)..kalau kerje makan gaji kurang motivasinya untuk tingkatkan prestasi. Kalau kerja sendiri, pasti ligat fikirkan itu dan ini..dan pasti mengharungi turun dan naik hasil niaga. Begitu juga dengan Islam. Nak 'laku'kan Islam, kene berfikir positif.kene fikir strategi terbaik untuk me'laris'kan islam.dan dalam berdakwah, kegagalan itu perlu dilihat sebagai satu pengalaman baru untuk kita perbaiki cara kita berdakwah.. 2) Pendakwah kene banyak bersabar saya sangat kagum dengan kak S.bagaimana rendah dirinya dia menceritakan pengalamannya men'df' orang.dan hasilnya bukan semua yang 'melekat'.sbb manusia banyak2 ragam..yang lebih penting usaha dan bersabar..kadang manusia memang cepat nak lihat hasil,dan menyebabkan kita berburu-buru dan akhirnya cepat patah bila terasa usaha tidak berhasil... kegagalan itu menjadi warna-warni pengalaman kita dlm berdakwah sbb itu kesabaran itu sangat penting dalam usaha dakwah dan usaha menarik hati mad'u....bersabar dlm kerenah mad'u,bersabar dengan situasi yg memfuturkan jiwa,bersabar dgn ahli usrah..tak boleh cepat putus asa... mendidik sabar ini bukan hanya cakap pada lisan, tp kadang praktikalnya yg lebih penting.. 3) Pendakwah tak boleh cepat 'judge' orang kadang manusia mudah berfikir buruk.cepat berprasangka bukan2...kata "orang ni tak nak datang program mesti sbb dia dah tak nak kat kita"...huhu tp kadang sangkaan itu tak betol pon sbnrnya..ish3...muhasabah buat diri sendiri...perlu tanam sikap husnuzon yg tinggi pada orang2 disekeliling... kalau asyik dihantui prasangka2 buruk atau fikiran negatif, akhirnya kita mudah futur...dan kerja dakwah pon tak kemana 4) akhir sekali: ijlis bina nukmin saah...(mari kita duduk beriman sebentar) ni saya dapat dari borak2 saya dengan sahabat..kadang kita bersama orang2 yang masih 'lena', dalam usaha kita 'df' mereka, kita sendiri juga mudah terlarut dan terhanyut....iman itu macam tundung periuk nasi,kejap naik kejap turun...itu lah petingnya kita sentiasa mentautkan hati kita dengan orang2 yang soleh.. dan percaya tak, bila kita bertemu dengan orang2 yang ade ikatan hati dengan kita, hati akan jadi seronok..iman otomatik recharge...walaupon duduk hanya borak2 biasa bertanya kabar.. saat sy menaik bus untuk pulang ke KL, hati terasa sayu..meninggalkan saat bersama dengan kak S.sempat spend time di kampungnya..kalau tidak kerana iman dan ikatan hati, mahu saja saya pulang KL lebih awal meluangkan masa dengan family....ya, iman memandu hati...tiada masa yang lebih ku hargai selain meluangkan masa bersama murabbi yang sy kagumi ini...mutiara2 katanya akan ku semat kemas2 dlm kotak ingat dan kotak entry blog ini.. moga langkahku seterusnya akan lebih matang dan lebih bersabar.. teori sahaja takde maknenyeee~...kene ada praktikal dan pengalaman, baru terasa benda yang nak kita ajarkan pada anak didik seterusnya lebih solid dan hidup. ayuh kayakan pengalaman,positifkan pemikiran,kenali ragam manusia,bina ikatan hati dengan mereka dan sabar dan sabar..... tidak lupa supaya selalu sandarkan tawakal hanya pada Allah ^_^
Nak jadi seperti lebah! lama dah cari hadis ttg lebah..alhamdulillah jumpa jugak....pernah dengar ttg tazkirah lebah ni dan terasa sgt zuuupp....ayoh, semangat2..jgn lembik2!
................................................................................................................ JADILAH SEPERTI LEBAH
Rasulullah saw. bersabda, “Perumpamaan orang beriman itu bagaikan lebah. Ia makan yang bersih, mengeluarkan sesuatu yang bersih, hinggap di tempat yang bersih dan tidak merusak atau mematahkan (yang dihinggapinya) .” (Ahmad, Al-Hakim, dan Al-Bazzar) Seorang mukmin adalah manusia yang memiliki sifat-sifat unggul. Sifat-sifat itu membuatnya memiliki keistimewaan dibandingkan dengan manusia lain. Sehingga di mana pun dia berada, kemana pun dia pergi, apa yang dia lakukan, peranan dan tugas apa pun yang dia pikul akan selalu membawa manfaat dan maslahat (kebaikan) bagi manusia lain. Maka jadilah dia orang yang seperti dijelaskan Rasulullah saw., “Manusia paling baik adalah yang paling banyak memberikan manfaat bagi manusia lain.” Untuk menjadikan kehidupan ini agar menjadi indah, menyenangkan, dan sejahtera sangat memerlukann manusia-manusia seperti itu. Dalam keadaan apa sekalipun, dia akan membuat yang terbaik; apa pun peranan dan tugas yang diberikannya, dia akan menjadi manusia dan keadaan di sekelilingnya menjadi bahagia dan sejahtera. Maka, sifat-sifat yang baik itu antara lain terdapat pada lebah. Rasulullah saw. dengan pernyataanya dalam hadith di atas mengisyaratkan agar kita meniru sifat-sifat positif yang dimiliki oleh lebah. Tentu saja, sifat-sifat itu sendiri memang merupakan ilham dari Allah swt. seperti yang Dia firmankan, “Dan Rabbmu mewahyukan (mengilhamkan) kepada lebah: ‘Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia. Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Rabbmu yang telah dimudahkan (bagimu).’ Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Rabb) bagi orang-orang yang memikirkan.” (An-Nahl: 68-69) Sekarang, bandingkanlah apa yang dilakukan lebah dengan apa yang seharusnya dilakukan oleh seorang mukmin, contohnya seperti ini: 1) Hinggap di tempat yang bersih dan menghirup apa hanya yang bersih sahaja. Lebah hanya hinggap di tempat-tempat terpilih sahaja. Lebah sangat jauh berbeza dengan lalat. Lalat sangat mudah ditemui di tempat sampah, kotoran, dan tempat-tempat yang berbau busuk. Tapi lebah, ia hanya akan mendatangi bunga-bunga atau buah-buahan atau tempat-tempat bersih yang mengandungi bahan madu atau nektar. Begitulah pula sifat seorang mukmin. Allah swt. berfirman: “Hai manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; karena sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagimu.” (Al-Baqarah: 168) (Yaitu) orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi yang ummi yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang ma’ruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Qur’an), mereka itulah orang-orang yang beruntung. (Al-A’raf: 157)2) Mengeluarkan yang bersih Siapa yang tidak tahu madu lebah. Semuanya tahu bahawa madu mempunyai khasiat yang banyak untuk kesihatan manusia. Tapi dari organ tubuh manakah keluarnya madu itu? Itulah salah satu keistimewaan lebah. Lebah sangat kaya dengan kebaikan,sedangkan dari organ tubuh pada binatang lain, mereka hanya mengeluarkan sesuatu yang menjijikan. Begitu juga seorang mukmin, kita haruslah menjadi manusia yang produktif dengan kebaikan. “Hai orang-orang yang beriman, rukuklah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Rabbmu dan perbuatlah kebajikan (khair), supaya kamu mendapat kemenangan.” (Al-Hajj: 77) Al-khair adalah kebaikan atau kebajikan. Akan tetapi al-khair dalam ayat di atas bukan merujuk pada kebaikan dalam bentuk ibadah ritual. Sebab, perintah ke arah ibadah ritual sudah terwakili dengan kalimat “rukuklah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Rabbmu” (irka’u, wasjudu, wa’budu rabbakum). Al-khair di dalam ayat itu justru bermakna kebaikan atau kebajikan yang buahnya dirasakan oleh manusia dan makhluk lainnya. Segala yang keluar dari dirinya adalah kebaikan. Hatinya jauh dari prasangka buruk, iri, dengki; lidahnya tidak mengeluarkan kata-kata kecuali yang baik; perilakunya tidak menyengsarakan orang lain melainkan justru membahagiakan; hartanya bermanfaat bagi banyak manusia; kalau dia berkuasa atau memegang amanah tertentu, dimanfaatkannya untuk sebesar-besar kemanfaat manusia. 3) Tidak pernah merosakkan Seperti yang disebutkan dalam hadits yang sedang kita bahas ini, lebah tidak pernah merosak atau mematahkan ranting yang dia hinggapi. Begitulah seorang mukmin. Dia tidak pernah melakukan kerosakan dalam apa-apa hal sekalipun: baik secara fizikal mahupun tidak.. Bahkan dia melakukan pembaikan akidah, akhlak, dan ibadah dengan cara berdakwah. Mengubah kezaliman apa pun bentuknya dengan cara berusaha menghentikan kezaliman itu. 4) Bekerja keras Lebah adalah pekerja yang bekerja keras. Ketika muncul pertama kali dari biliknya (saat “menetas”), lebah pekerja membersihkan bilik sarangnya untuk telur baru dan setelah berumur tiga hari ia memberi makan larva, dengan membawakan serbuk sari madu. Dan begitulah, hari-harinya penuh semangat berkarya dan beramal. Bukankah Allah pun memerintahkan umat mukmin untuk bekerja keras? “Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain.” (Alam Nasyrah: 7) Kerja keras dan semangat pantang berundur itu lebih-lebih lagi dituntut lagi dalam menegakkan keadilan. Karena, meskipun memang ramai manusia yang cinta keadilan, namun kebanyakan manusia –kecuali yang mendapat rahmat Allah– tidak suka jika dirinya rugi dalam menegakkan keadilan. 5) Bekerja secara jama’i dan tunduk pada satu pimpinan Lebah selalu hidup dalam koloni besar, tidak pernah menyendiri. Mereka pun bekerja secara kolektif, dan masing-masing mempunyai tugas sendiri-sendiri. Ketika mereka mendapatkan sumber sari madu, mereka akan memanggil teman-temannya untuk menghisapnya. Demikian pula ketika ada bahaya, seekor lebah akan mengeluarkan feromon (suatu zat kimia yang dikeluarkan oleh binatang tertentu untuk memberi isyarat tertentu) untuk mengudang teman-temannya agar membantu dirinya. Itulah seharusnya sikap orang-orang beriman. “Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.” (Ash-Shaff: 4) 6) Tidak pernah melukai kecuali kalau diganggu Lebah tidak pernah memulakan serangan. Ia akan menyerang hanya manakala apabila terasa diganggu atau terancam. Dan untuk mempertahankan “kehormatan” umat lebah itu, mereka rela mati dengan melepas sengatnya di tubuh pihak yang diserang. Sikap seorang mukmin: musuh tidak dicari. Tapi jika ada, tidak lari. Itulah beberapa karakter lebah yang patut ditiru oleh orang-orang beriman. Bukanlah sia-sia Allah menyebut-nyebut dan mengabadikan binatang kecil itu dalam Al-Quran sebagai salah satu nama surah: An-Nahl. Allahu a’lam Mohd Hazwan Ab Halim,http://ismashahalam.net/v1/?p=479 ....................................................................................................................... *dah dpt buku Riadhus Shalihin dari org Malaysia, maka kena rajin2 baca hadis!
updateku dan winteeerrr yg sgt best..
assalamualaikum wrt..
wah..lama tak update...sori la...dah byk yg org suh update blog...hehe...ok ok nak update ni... 1) JALINAN UKHUWWAH MUSIM SEJUK ISMA EROPAH 2009 di Edinburgh.. mula2 bile kena jadi yg penguruskan program ni jd sgt cuak.mlm sebelum program tidur 2 jam je sbb nak cek sumer benda yg tak lengkap lagi...ingat nk tidur time dlm train,tp dlm train pun takleh tidur sbb cuak mungkin..oh,oh..last2 1st day program ramai kata muka arifah nmpk stress...2nd day,3rd day baru nmpk cool sikit..^_^...huhhu....sori ye......byk sgt kena lapang dada time program.......tp yg bestnya dpt jumpe akhwat2 kesayanganku!!....terubat rindu...wuwuuu....pengisian ust azizie pun mantap2...ada satu part ni kena lukis peta dunia..walaupun peta dunia besar depan mata tampalkan dinding bilik tapi kumpulanku la paling buruk petanya..haha...ust kata: "mcm lembu je peta kamu ni"..dush!..=P beberapa ibrah ust suruh lukis peta: 1) bila lukis peta kita fail.apa sbb? sbb kita tak rasa ikatan hati diseluruh dunia.tak rasa dunia ni part of us..'kesah sana..bukan kesah aku'..teringat time main game kat rumah akhwat mesir..game tu tak ingat nm dia tp lebih kurang kongker2 dunia...sape dpt kongker dunia dan askar dia paling byk dia menang..dan game tu mmg buat kita berfikir..(kalau la ada game tu sgt la nak beli dan bw main time program..)..peta dunia besar2 kat bilik ni pun beli dulu mmg sbb dulu penah terpk 'mcm mane nk kuasai dunia tp kedudukan negara2 pun tak tahu'...tp hakikatnya..hiasan je..sbb bila suruh lukis peta..fail!.... 2) bila dah lukis peta dunia, ust. suruh tanda X kan pada tmpt Palestine dlm peta dunia.sbnrnya Palestine terletak betul2 tengah2 dunia. sbb tu Salahuddin al-Ayyubi ada pernah berkata siapa yg menguasai Palestine, akan menguasai dunia.. byk sebenarnya memori2 dan kenangan2 di JUMS09...ada yg perlu berkorban,ikut kata amirah..x dpt naik bukit2..sori ye..tp itu la yg terbaik yg arifah boleh pk kan supaya next aktiviti flow dgn baiknye... bila buat meeting dan muhasabah balik...setiap org ada ability masing2 dan ada character masing2....as amirah kena pandai2 la manage ahli2 bwhn dgn ability dan character masing2..... 2.JAULAH UK edinburgh-newcastle-manchester-sheffield-cardiff-london byk betul dugaan jaulah ni..tp alhamdulillah semuanya berjalan lancar....bile kita jaulah baru kite kenal seseorg tu..suke sgt jaulah ni sbb wujud perbincangan secara syura...bile buat keputusan syura(ikut majoriti) lebih lapang dada berbanding bile buat keputusan sendiri..(rasa mcm nk jaulah lagi...best2!) kita akan mengharungi saat2 genting bersama^_^ tahniah buat kak mima..drive almost 1000km sorg2...dr scotland,lalu england dan sampai wales!..mantap2.. 3.STRANDED NYE 2 ORG IRELAND DI MANCHESTER..=P hehe...ada hikmah mereka stranded di manchester...4 hari tinggal di Manchester baru dpt kenal sapa kah mereka.ngeeeee....tp time diorg nak balik..teruji betul...snow lebat pagi tu...bus xde..taxi pun xde...call taxi sumer tak available...2 jam(almost) tunggu taxi,bus...nasib baik ada taxi...tu pun diorg dah nak hampir fed up..kaki dah beku tunggu kat bus station tu...mcm nak nangis pun ada...sampai2 airport, flight cancel(as expected pun)..so diorg naik flight kul 7pm(flight sepatutnya ialah 10am!)..tunggu la dgn diorg sampai kul 2..then diorg suruh balik rumah sbb dah nk mlm...sampai2 rumah..tup2 tau yg flight diorg cancel lagi..wuwuuu..bermalam la diorg dia airport...kalau nak balik rumah ni kang susah nk dpt transport ke airport...tp alhamdulillah sampai pun mereka di dublin airport dan rumah masing2... gambar mungkin lebih byk menceritakan segalanya..facebook dan ada lagi satu website rahsia..hehe....nak tahu website just buzz me..tp ppuan je la yg boleh tgk^_^ sekian,
mahalnya tarbiyyah itu...
keblakangan ni sy sangat selalu terkenang zaman2 tarbiyah di banting..
sangat besar pengorbanan kakak2 mendidik kami bukan sahaja mengorbankan masa berulang dari bangi ke banting,malah perlaburan mentarbiyah kami juga turut mahal. sbb saya pasti, perlaburan duit minyak ulang2 alik agak tinggi.. bila tarbiyah yg kami terima adalah dari perlaburan yg tinggi, pastinya harapan mereka juga meninggi.. sgt merasai keberkatan setiap usaha mereka...kerana keikhlasan mereka sangat2 terkesan dihati...'mahal'nya keikhlasan itu menyebabkan sy lebih menghargai.. sekarang sy merasakan suasana tarbiyyah yang lain dari dulu.begitu juga adik beradik singa yg lain.susah nak samakan suasana ini dengan suasana dulu..zaman itu tidak boleh dicari ganti ditempat lain.rindu saat2 itu. tp kalaupon merasakan suatu kelambatan, tak kan mahu cepat futur ?.. kene berusaha dan berusaha untuk mencari peningkatan tarbiyah itu. mencari jalan keluar dari setiap permasalahan..tarbiyyah bukan untuk orang manja..tarbiyyah adalah untuk melatih diri untuk lebih berdikari.practikal kesabaran sangat dirasai disini.. saya nak dedicate lagu ini pada murabbi2 saya...yg sangat hebat mendidik sy from zero to sumthing You raise me up -(klik sini untuk dengar,tak reti nak masuk dlm entri..huhu) When I am down and, oh my soul, so weary; When troubles come and my heart burdened be; Then, I am still and wait here in the silence, Until you come and sit awhile with me. You raise me up, so I can stand on mountains; You raise me up, to walk on stormy seas; I am strong, when I am on your shoulders; You raise me up: To more than I can be. You raise me up, so I can stand on mountains; You raise me up, to walk on stormy seas; I am strong, when I am on your shoulders; You raise me up: To more than I can be. There is no life - no life without its hunger; Each restless heart beats so imperfectly; But when you come and I am filled with wonder, Sometimes, I think I glimpse eternity. You raise me up, so I can stand on mountains; You raise me up, to walk on stormy seas; I am strong, when I am on your shoulders; You raise me up: To more than I can be. You raise me up, so I can stand on mountains; You raise me up, to walk on stormy seas; I am strong, when I am on your shoulders; You raise me up: To more than I can be. mereke telah menjadi asbab tarbiyah dan dakwah menjadi sebagaian hidup saya.. moga dosa2 mereka terampun. moga mereka diganjarkan sebanyak2 pahala seperti bumi dan seisinya... ameen p/s:entri ni agak kesyahduan skit...lalala....insan2 hebat ini sangat berjasa pada diri ini..sukarnya nak mencari insan hebat seperti mereka... selamat melakar sejarah buat ismaeropah...moga segalanya berjalan dengan lancar..hanya tinggal beberapa hari je nak detik2 bersejarah itu..
KASBI!! satu malam perjalanan dari penang ke bangi
satu hari bermain di KASBI satu malam perjalanan pulang ke penang alhamdulillah.. dari bermula bertolak penang: yang tidak berapa kenal antara ahli2 team tak tahu apa taktik nak guna tak tahu la boleh menang ke tak sbb tak pernah berlatih dlm group penuh saya sendiri yg terpencil di pulau,tak pernah berlatih dgn bola hanya panas2kan stamina..huhu sehingga pulangnya kami ke penang: bersama piala gangsa tempat ketiga netball yg membuktikan kami mampu menang walaupon takde practise dengan tak bawa bipnya, salu dok pinjam2 bip dr team lain rindu pada netball terubat..menjadi GK/GD yg suka terbang2 rampas bola opponent..hihihi tahniah buat team melaka.lincah sungguh team mereka.match dengan mereka merupakan kekalahan pertama bagi kami...kikiki sungguh dah lama tak terasa main netball sepenat ini,seaktif ini...terasa sangat sihat.sampai kasut pon dah haus tapak.walaupon hujan pon match tetap berjalan.. bila nak balik, kami tanye sesama sendiri, 'next year kami jadi wakil negeri lain pulak,bukan penang la nampaknya'(sbb kebanyakan mereka student matrix penang) saya pulak menyampuk,'nnt next year sy jadi wakil eropah..dtg ke kasbi'..huhu ramai yg sy jumpa.mcm reunion je..esp my schoolmate,aka penulis buku Cinta Ain Naqilah...seronok bila dpt bertemu dlm satu prog..(dah la hp die sama dgn hp baru sy yg hilang~)...ukhti,jazakillah for the present.. skrg ni..balik2 dah sakit badan..terima kasih housemate2 yg tolong pijak belakang yg lenguh2 ni... ok...esok ade test chem,lusa kene submit assignment language....tp tergiang2 lagi kenangan manis KASBI!!
Moga terpelihara iman kami dan iman mereka..
Apakah nikmat yang paaaaaling kita sayang, paling kita hargai??
nikmat yang ibarat bila kita menerima sebuah piala sbb jadi olahragawati harapan ke(kisah benar sy waktu sekolah rendah dulu) pasti kita polish2 piala tu...letak kat ruang tamu,atas almari kaca untuk ditatap selalu pasti piala itu sangat kita hargai...sbb bukan senang nak dapat piala cantik untuk kita raih...terutamanya untuk mengejar gelaran olahragawati( dapat olahragawati harapan punye pon cantik juge pialanya...) kalau orang cuba usik, apa lagi...mesti naik berang tuan milik...tak kasi orang kacau piala tu... ![]() hmm nikmat apa lagi ibarat mcm piala itu kalau bukan nikmat iman. bukan senang untuk meraih setinggi iman kalau bukan dengan izinNya. dan sebab imam itu sangat dihargai, sbb itu lah apa saja usaha untuk meningkatkan iman pasti kita utamakan...kalau ada orang cuba merobek iman kita pasti kita akan protect sebaiknya iman itu... dengan iman lah kita akan berasa malu untuk melakukan kemungkaran...samada bersendirian mahupon dikhalayak ramai.. kerana iman juga lah kita sanggup datang ke prog2...walaupon tempatnya jauh,tetap juga pegi sbb penghargaan yg cukup tinggi buat iman, sehingga iman lah yang menjadi keutamaan daripada yg lain.... sayangnya ada jga manusia2 yang sanggup menggadaikan iman...atas alasan suka2...atau sebab ape sy tak pasti, hanyut segitu saja iman mereka..... ...nipisnya iman mereka sehingga tidak ade rasa malu pon untuk melakukan perkara2 dosa dikhalayak ramai.....hatta didepan kami skali pon..selamba saje bertempuk tampar laki perempuan..... aku menyaksikan kemungkaran ini berlaku didepan mata...tak terkira lagi yang bukan didepan kami dan yg tersiar di fb........ tidak faham kenapa ini berlaku.....sbb di banting dulu bende2 sangat menjaga... ....ini baru di mesia, dah tak terkawal akhlak mereka......belum lagi di luar negara......... tak tahan lagi jika mahu membuta atau membisu...........hanya mampu menegur mana yang terdaya......istighfar untuk tenangkan hati............memohon agar iman kami masih terpelihara.....dan moga2 iman mereka juga Allah perlihara dari dosa2 yang lebih besar...(takutnya kalau mereka terjebak dlm dosa besar itu) saya memilih IMAN sebagai 'piala di ruang tamu' hati saya......bukan dunia, bukan hiburan...dan jelasnya bukan hedonisme... sangat2 terusik dengan pancaindera yang tercemar dan mencabar 'piala hati' saya moga mutarabbi depan mata juga masih terpelihara iman mereka...perlu kesabaran lagi untuk melamar mereka dengan sentuhan tarbiyah....
qawiyyul jismi ![]() ![]() tak sabar nak berentap dengan team penang!! ayuh2!!! p/s: kelihatan budak2 lahat court dah mula panaskan badan petang2...huhu
|